![]() |
S.S.Peninsular |
Misi utama Swamiji adalah untuk mencari jalan bagi membaiki keadaan material rakyat negaranya dengan mendapatkan bantuan kewangan, dan teknikal dari negara-negara Barat. Amanat Sri Ramakrishna untuk menyebarkan ajaran Vedanta ke seluruh dunia juga akan tercapai dengan pelayaran ini.
Swamiji berada dalam kabin penumpang kelas pertama. Selama ini beliau telah merantau dengan hanya dua buah buku bersaiz poket, sebatang tongkat, dan sepasang pakaian. Kini beliau terpaksa membawa beg-beg besar yang penuh dengan pakaian dan buku-buku tebal. Pada mulanya, penumpang-penumpang lain terutamanya orang Inggeris melihat beliau dengan pelik disebabkan pakaian jingganya. Namun, selepas beberapa orang berkenalan dengan beliau, mereka kagum dengan kepintaran dan ilmunya yang luas. Swamiji juga menikmati kehidupan di kapal seperti seorang kanak-kanak.
Di Benua Amerika
Swamiji tiba di pelabuhan Vancouver pada 25 Julai 1893 melalui Colombo, Pulau Pinang, Singapura, Hong Kong, Nagasaki, Osaka, Kyoto, Tokyo, Kobe dan Yokohama dalam pelayarannya. Disebabkan beliau tidak membawa pakaian sejuk, beliau terpaksa merana dalam kesejukan di hemisfera utara. Kaptain kapal itu meminjamkannya sehelai baju panas. Dari Vancouver, Swamiji menaiki keretapi ke Chicago. Perjalanan ini menerusi kawasan pergunungan di Canada yang indah, dan kemudiannya kawasan-kawasan tasik yang luas di utara Amerika.
Dalam perjalanan keretapi ke Chicago, Swamiji berkenalan dengan Cik Kate Sanborn. Beliau seorang penceramah dan penulis terkenal zaman itu. Cik Sanborn juga mengagumi Swamiji yang petah dalam Bahasa Inggeris dan berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang sains, dan sastera. Oleh itu, beliau menjemput Swamiji ke rumahnya di Boston.
Selepas perjalanan keretapi selama 5 hari, akhirnya Swamiji turun di stesen keretapi Chicago pada 30 Julai 1893. Stesen itu sesak dengan pelawat-pelawat yang telah datang untuk melihat Pesta Dunia Chicago. Dalam keadaan penat Swamiji menghala ke bilik menunggu. Porter yang mengangkat beg-beg besarnya mengenakannya upah yang tinggi. Swamiji berjumpa dengan seorang ejen hotel dan menyewa sebuah bilik di sebuah hotel kelas pertama. Pada keesokan harinya, beliau melawat Pesta Dunia Chicago.
![]() |
Pesta Dunia Chicago, 1893 |
Selepas menyaksikan kemegahan Pesta itu, Swamiji pergi ke Biro Informasi Eksposisi Chicago untuk mendapatkan maklumat mengenai Persidangan Agama-Agama Dunia yang telah dianjurkan sempena Pesta itu. Beliau menerima kejutan besar apabila mendapat tahu bahawa Persidangan itu telah ditunda ke bulan September. Tarikh akhir untuk mendaftar sebagai wakil persidangan telah tamat dan kemasukan sebagai delegasi hanya dibenarkan kepada orang yang bertauliah sahaja!
Berita ini hampir mematahkan semangat Swamiji. Adakah beliau telah datang dari negaranya, sejauh ini untuk mendengar ini? Beliau mula menyalahkan dirinya kerana bergantung kepada pengikut-pengikutnya di Madras yang naif dan langsung tidak tahu mengenai formaliti sebuah negara maju. Namun, Swamiji bukan seorang yang mudah berputus asa. Beliau tidak mahu kembali ke India tanpa menyaksikan Persidangan Agama-Agama Dunia, sekurang-kurangnya sebagai seorang penonton.
Berita ini hampir mematahkan semangat Swamiji. Adakah beliau telah datang dari negaranya, sejauh ini untuk mendengar ini? Beliau mula menyalahkan dirinya kerana bergantung kepada pengikut-pengikutnya di Madras yang naif dan langsung tidak tahu mengenai formaliti sebuah negara maju. Namun, Swamiji bukan seorang yang mudah berputus asa. Beliau tidak mahu kembali ke India tanpa menyaksikan Persidangan Agama-Agama Dunia, sekurang-kurangnya sebagai seorang penonton.
Dalam kalangan jutaan manusia, Swamiji merasakan dirinya keseorangan. Walaupun ramai orang yang datang berkenalan dan bercakap kepadanya, tiada seorang pun yang menghulurkan tangan persahabatan. Pakaian jingga dan serban beliau juga menarik perhatian orang. Orang ramai mula berhenti untuk melihat beliau seolah-olah beliau adalah sesuatu benda pelik untuk pameran. Apabila beliau berjalan, budak-budak nakal mengekorinya dengan bersiul dan mengejeknya.
Tambahan lagi, kos hidup yang tinggi di Chicago mula merungsingkannya. Beliau juga sering diperdayakan kerana beliau tidak mengenal nilai mata wang Amerika. Setiap hari dompetnya menjadi semakin ringan. Oleh itu, apabila beliau mendapat tahu bahawa kos di Boston adalah jauh lebih rendah berbanding Chicago, beliau membuat keputusan untuk pergi ke bandar itu. Beliau juga teringat akan jemputan Cik Sanborn. Selepas menghabiskan dua belas hari di Chicago, beliau menaiki keretapi ke Metcalf, sebuah pekan kecil berdekatan Boston. Terlebih dahulu, Swamiji menghantar satu telegram dengan empat puluh lima perkataan kepada Cik Sanborn.
LADANG BREEZY MEADOWS
Cik Kate Sanborn sendiri datang ke stesen keretapi untuk menjemput Swamiji tinggal bersama-sama keluarganya di ladang Breezy Meadows. Kebanyakan orang-orang yang melihatnya di ladang Breezy Meadows menganggapnya sebagai seorang raja dari India disebabkan pakaiannya yang pelik. Oleh itu, beliau membeli kot labuh hitam dan menanggalkan serbannya, yang dipakainya hanya ketika memberi ceramah.
Swamiji menghiburkan orang-orang yang datang berjumpanya dengan pelbagai cerita menarik mengenai negaranya, “Seorang lelaki yang salih sering dimarahi isterinya kerana kemiskinannya. Si isteri juga membencinya kerana dia tidak berjaya seperti lelaki lain. ‘Adakah ini yang kamu dapat dengan memuja Tuhan kamu selama bertahun-tahun?’ kata si isteri itu. Lelaki itu menjawabnya dengan tenang, ‘Adakah saya seorang peniaga agama? Lihat gunung nun di sana. Apa yang gunung itu berikan kepada saya, atau apa yang saya lakukan untuknya? Namun saya masih menyayanginya kerana saya suka benda yang cantik. Begitu juga saya menyayangi Tuhan.’”
Cik Sanborn juga membawa kawan-kawannya untuk berjumpa dengan Swamiji. Puan Johnson, seorang penyelia penjara menjemput Swamiji untuk melawat penjara wanita di pekan Sherbon. Beliau menjadi amat tertarik dengan keadaan penjara itu yang sebenarnya lebih kepada sebuah pusat pemulihan yang memberikan peluang kepada pesalah-pesalah untuk membaiki hidup mereka.
![]() |
Professor J.H.Wright |
Keluarga Sanborn juga memperkenalkan Swamiji kepada Professor John Henry Wright,
seorang profesor Sejarah Yunani di Universiti Harvard. Profesor Wright
menjadi amat tertarik dengan personaliti dan pengetahuan Swamiji yang
luas. Beliau juga berjanji untuk membantu Swamiji mendaftarkan diri
sebagai delegasi untuk berucap di Persidangan Agama-Agama Dunia. Swamiji
memberitahu Professor Wright bahawa beliau tidak mempunyai sebarang
surat tauliah. Professor Wright dengan penuh keyakinan menjawabnya, “Untuk meminta tauliah Swami, adalah seperti meminta matahari untuk menyatakan haknya untuk bersinar!”
Swamiji kembali ke Chicago dengan harapan baru. Profesor Wright sendiri membelikan beliau tiket keretapi dan memberikannya sepucuk surat yang dialamatkan kepada Dr Barrows, salah seorang pengaturcara Persidangan Agama-Agama. Dalam surat itu, Profesor Wright menulis mengenai Swamiji bahawa: “Lelaki ini lebih berpelajaran daripada semua profesor terpelajar kita.”
Swamiji kembali ke Chicago dengan harapan baru. Profesor Wright sendiri membelikan beliau tiket keretapi dan memberikannya sepucuk surat yang dialamatkan kepada Dr Barrows, salah seorang pengaturcara Persidangan Agama-Agama. Dalam surat itu, Profesor Wright menulis mengenai Swamiji bahawa: “Lelaki ini lebih berpelajaran daripada semua profesor terpelajar kita.”

Keesokan paginya, Swamiji bangun dengan menghirup udara yang bersih dan dengan mengikuti arah bau itu, beliau sampai di Lake Shore Drive. Itu sebuah kawasan perumahan jutawan-jutawan dan golongan peniaga. Swamiji berasa sangat lapar. Beliau mula berjalan dari rumah ke rumah dan mengetuk pintunya, meminta sedikit makanan dan arah ke pejabat Dr Barrows. Pakaian beliau yang pelik, selekeh dan berkedut, dan keadaan beliau yang penat dan tidak bercukur, menyebabkan beliau menerima layanan kasar. Malah, orang-orang gaji juga mengherdik beliau dan menghalaunya. Akhirnya, dengan letih, beliau duduk di tepi jalan.
![]() |
Puan Hale |
Puan Hale dan suaminya Encik Hale tinggal bersama-sama dua orang anak perempuan mereka, Mary dan Harriet dan dua orang anak saudara Encik Hale, Isabelle dan Harriet McKindley. Di rumah Hale, Swamiji menemui sebuah keluarga yang penuh penyayang. Keluarga itu menerimanya sebagai seorang saudara sendiri. Sepanjang hayat, Swamiji memanggil Puan Hale sebagai ‘ibu’ dan Encik Hale sebagai ‘bapa’, dan anak-anak mereka menjadi adik-adik kesayangannya. Rumah Hale di Dearbon Avenue, Chicago pula menjadi kediaman Swamiji di Amerika Syarikat.
Puan Hale, selepas memastikan Swamiji telah bercukur dan bersarapan, membawanya ke pejabat pegawai Persidangan Agama-Agama Dunia. Nama Swamiji didaftarkan sebagai delegasi agama Hindu dari India. Selepas proses pendaftaran selesai, Swamiji dihantar untuk tinggal di rumah Encik Lyon sebagai tetamu sehingga Persidangan Agama-Agama Dunia tamat.
![]() |
Encik Lyon |
11 SEPTEMBER 1893
Tanggal hari Isnin, 11 September 1893. Persidangan Agama-Agama Dunia bermula di Art Institute, Michigan Avenue. Wakil semua agama-agama dunia telah datang untuk memberikan ceramah tentang agama masing-masing. Kebanyakan mereka ialah pemimpin agama dan penceramah terkemuka zaman itu.
Sebuah poskad memaparkan Art Institute, Michigan Avenue
Setiap penceramah dipanggil dan mereka menyampaikan ceramah pengenalan mereka. Mereka telah datang dengan teks bertulis dan persiapan rapi untuk membentangkan kemuliaan agama masing-masing. Swami Vivekananda menghadirinya tanpa apa-apa persediaan. Beliau juga langsung tidak tahu sebarang formaliti untuk berucap di hadapan tujuh ribu orang yang memenuhi dewan itu.
Apabila gilirannya tiba, Swamiji berjalan ke arah rostrum dengan penuh debaran. Hatinya mengucap doa kepada Dewi Saraswathi. Bibirnya mengucapkan kata-kata yang lahir dari sanubarinya, "Para saudara dan saudari Amerika!"
Swamiji tercegat kagum dengan tepukan gemuruh yang mengiringi kata-katanya. Beliau tidak dapat meneruskan ucapannya disebabkan tepukan dan sorokan kuat yang memekak telinga itu. Hampir tiga minit berlalu sebelum beliau dapat meneruskan ucapannya.
"Saya rasa bangga kerana berasal daripada agama yang telah mengajar dunia toleransi dan penerimaan sejagat. Kami bukan sahaja mempercayai toleransi sejagat tetapi kami juga menerima semua agama sebagai benar. Saya rasa bangga untuk berasal dari sebuah negara yang telah melindungi orang-orang yang teraniaya dan pelarian-pelarian daripada semua agama dan negara di dunia."
Kemudian, beliau mengungkap sebuah mantera yang telah dilafazkannya sejak zaman kanak-kanaknya lagi:
“Wahai Tuhan, seperti sungai-sungai yang berasal dari pelbagai tempat berbeza, akhirnya semuanya akan bertemu di laut, jalan-jalan yang berlainan yang manusia pilih akibat kecenderungan berlainan, walaupun kelihatan berbeza, bengkok atau lurus, semuanya sampai pada-Mu.”
![]() |
Vivekananda bersama-sama delegasi lain, Chicago 1893 |
Kejayaan yang
menyusuli ucapan Swamiji ialah suatu peristiwa dalam sejarah. Keesokan
paginya, semua surat khabar di Chicago memuji ucapan Swami Vivekananda
dan menamakannya sebagai penceramah yang terbaik dan paling popular.
Jalan-jalan Chicago memaparkan poster-posternya dengan perkataan “Rahib
Vivekananda”. Orang ramai yang lalu-lalang, berhenti untuk melihat
posternya, dan menunduk memberi penghormatan. Beberapa surat khabar juga
mencetak ceramah-ceramahnya.
Namun, kejayaan ini langsung tidak menjejaskan Swamiji. Pada malam pertama kejayaannya, beliau menangis dengan pilu, memikirkan keadaan rakyat negaranya. Jutaan penduduk India sedang mati kebuluran. Sebaliknya, di bumi Amerika, jutaan Dollar digunakan untuk membeli segala kemewahan hidup. Beliau bertekad untuk bekerja siang dan malam demi negaranya.
Namun, kejayaan ini langsung tidak menjejaskan Swamiji. Pada malam pertama kejayaannya, beliau menangis dengan pilu, memikirkan keadaan rakyat negaranya. Jutaan penduduk India sedang mati kebuluran. Sebaliknya, di bumi Amerika, jutaan Dollar digunakan untuk membeli segala kemewahan hidup. Beliau bertekad untuk bekerja siang dan malam demi negaranya.
(Pada 11 September 1995, lorong Michigan Avenue di hadapan Art Institute, Chicago
telah dinamakan sebagai "Swami Vivekananda Way".)
No comments:
Post a Comment